Ahad, 30 Ogos 2009

Doa buat Kekasih

Ya Allah....

Seandainya telah engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagian antara kami....

Agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...

ya tuhanku yang maha mengasihi...

Seiringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...

Seandainya telah engkau takdirkan....

Dia bukan miliku...

Bawalah ia jauh dari pandanganku....

Luputkanlah ia dari ingatanku...

Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....

Berikanlah aku kekuatan...

Melontar bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja nan merah..

Agarku bisa bahagia...

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...

Gantillah yang telah hilang....

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...

Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...

Adalah yang terbaik buat ku....

kerana engkau maha mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan di akhirat...

Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...

Jangan engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Amin..

Ketidakpastian


bila bicara soal hati..
memang payah..
memang susah..
terlalu sukar..
takde sape leh paham hati aku..
sedangkan aku sendiri pun..
kadang² atau selalu² tak paham ngan perasaan sendiri..
kadang² aku cube memberikan yg terbaik..
aku cube membahagiakan org len..
walaupun...
kadang² atau selalu²..
aku sendiri tak tau aku bahagia or tak...
aku tak menyalahkan takdir..
masa mmg tak leh diputar kebelakang..
masa gak tak leh dicepatkan...
jam boleh lah aku cepatkan..
or lambatkan..
tapi bukan masa...
harapan aku...
walau apa pun berlaku..
walau apa pun kesudahan nya..
walau apa pun takdirnya...
semoga...
akhirnya..
aku bahagia..
dan..
dia turut bahagia...

Inilah Janjiku


Jika aku menjadi kekasihmu,

Aku akan mencintaimu lebih dari apapun,

Meskipun tiada seorang pun yang tahu,

Aku akan terus mencintaimu sepenuh hatiku..


Lihatlah betapa aku sangat mencintaimu,

Dengan sepenuh hatiku,

Ingin kubahagiakan dirimu setiap saatku,

Seperti janjiku kepadamu,

Takkan pernah kuingkari..


Aku akan cuba selalu ada untukmu,

Selalu berada disisimu,

Banyak kata yang tak mampu diungkapkan padamu,

Ku ingin engkau juga hadir dan temani aku,

Dan meyakinkan aku,

Bahawa kau selalu menjadi milikku,

Sepanjang hidupku..


Sesungguhnya aku sangat menyayangimu,

Aku berjanji akan sentiasa berada disisimu,

Sehingga sampai waktuku,

Menemani dirimu disetiap masa..


Bersamamu aku merasakan,

Seperti orang yang paling istimewa,

Aku merasakan kedamaian yang tak terkira,

Kau tenangkan aku diwaktu gundahku,

Bagiku hanya kaulah yang terbaik dalam hidupku..


Dan demi semua yang kujalani bersamamu,

Aku sangat menginginkanmu,

Ketahuilah tanpa dirimu,

Aku hanya manusia tanpa cinta,

Dan hanya dirimu yang bisa membuat aku bahagia..

Aku berjanji hanya kaulah yang kusayangi,

Aku kan setia menemanimu disini..

Malaysia Merdeka


Selamat menyambut kemerdekaan ke 52 tahun.. Sambutlah dengan jiwa yang penuh merdeka.. Sahutlah seruan kerajaan dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang bulan ini.. 1 Malaysia untuk semua..

Negaraku..

Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan..
Raja kita,
selamat bertakhta..

Nota pujangga : Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat illahi tanda kesyukuran kerana negara ini dikurniakan rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama dapat hidup dibawah satu rumpun secara aman dan sentosa.. amin..

Love Notes


To my beloved bf..

Without your love, i'm just a person without anything..
Without you smile, I think I missing something..
Without you here, I just alone ranger in this world..
Thanks because loving me, dear..
I love you with all my heart..

Regards,
~ Your lovers ~

Kelebihan Puasa Di Bulan Ramadhan


Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."

Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Buat Aku Menangis

Andai setiap tetes airmata ku
menjelma satu kehidupan pucuk pohon baru
maka buatlah aku menangis
Dan berjanjilah agar ratap dan raunganku
tak akan berhenti
hingga kering airmata ini...