Jumaat, 4 September 2009

Pantun Penyakit


Anak cina pergi mengail,
Mengail pula di sungai Linggi,
Hatinya keras otak pun degil,
Bila naik angin kena darah tinggi..

Nak makan laksa pergi ke Kedah,
Laksa dimasak oleh Cik Hanis,
Ambil gula jangan berlebih,
Tak pasal-pasal kena kencing manis..

Harum sungguh bunga kemboja,
Ditanam dikebun Pakcik Amin,
Panas terik sungguh cuaca,
Sakit kepala itulah migrain..

Jalan-jalan ke Pasar Tani,
Jangan lupa singgah membeli,
Pelbagai jenis demam wujud kini,
Sampai tiada vaksin yang ditemui..

Terbang tinggi si rama-rama,
Hinggap pula di sebuah dahan,
Mudahnya kita kena selesema,
Makan ubat langkah pencegahan..

Makan roti bersama kaya,
Minum kopi tanpa gula,
Baik miskin mahupun kaya,
Penyakit jantung tak kenal usia..

Tanam kangkung bersama petola,
Di ladang Tuan Ismet Si Ulam Raja,
Salah makan itulah puncanya,
Kena cirit-birit itu penyakitnya..

Mendaki gunung bersama adik,
Seberang sungai gunalah rakit,
Lambat makan kena gastrik,
Siapa suruh cari penyakit..

Makanan seimbang tidur mencukupi,
Mari bersenam atau berlumba lari,
Jagalah kesihatan untuk kepentingan diri,
Mencegah itu lebih baik dari mengubati..

Nota Nasihat : Jagalah kesihatan untuk diri kita sendiri.. Bila tubuh badan sihat, pelbagai aktiviti boleh kita lakukan tanpa sebarang halangan..

2 ulasan:

  1. anak lembu mati tertambat
    tuan lembu sungguhlah bodoh
    cegahlah segera sebelum terlambat
    jangan sampai yang cantik menjadi hodoh.

    BalasPadam