Khamis, 10 September 2009

Kembara - Senandung Buruh Kasar



Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

1 ulasan:

  1. Buruh kasar nie mulia kerjanya..kite jer yg x pandai nk menghargai sumbangan mereka pada negara...

    BalasPadam